Tuesday, 29 January 2013

Redha atau Pasrah?

Assalamualaikum semua :)

Dah lebih 3minggu aku dan suami berpisah rumah. Dalam tempoh 3 minggu ni, aku tak putus-putus berdoa semoga Allah panjangkan jodoh kami, semoga Allah pelihara ikatan suci pernikahan kami, semoga keluarga kami kembali bersatu. Malangnya, aku seorang berusaha. Suami? Semakin seronok jalani hidup bujang.

Hari ni, aku dah berhenti berdoa tuk perkahwinan ini sebab aku dah redha yg jodoh kami setakat ini. Hati ini dah terluka. Luka yg tersangat dalam. Aku tak mampu nak sembuhkan luka ini. Dan hari ini, aku berdoa semoga aku kuat tuk hadapi hinaan orang terhadap janda seperti aku, cacian orang terhadap anak-anak yg membesar dalam keluarga yg tak sempurna, dan moga aku kuat tuk besarkan anak-anak dengan hasil titik peluh aku dan aku kuat tuk mendidik anak-anak sendiri sebab sekarang aku lah mama dan papa tuk anak-anak.

Aku doakan suami akan berjumpa cinta yg dia cari selama ni, dia bahagia bersama isteri yg boleh hormati dia, menyayangi dia dan menjaga dia lebih baik dari aku.

Aku dan anak-anak akan terus berusaha tuk berdikari. Bukan mudah tuk harungi semua tu, tapi aku yakin anak-anak sangat memahami keadaan aku.

Aku pasrah andai jodoh aku dan suami hanya setakat ini tapi aku redha dengan ketentuan Allah buat aku dan anak-anak. Aku yakin Allah sedang rencanakan sesuatu yang lebih baik tuk aku dan anak-anak.

Semoga aku dapat maafkan suami dan keluarga mertua. Semoga hidup aku dan anak-anak lebih tenang selepas maafkan mereka.

Bukan redha atau pasrah persoalannya, yang penting aku dan anak2 memang kena kuat hadapi dugaan Allah buat kami ni.



Sent from my SweetBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.