Monday 25 February 2013

Yakinlah wahai hati ♥

Mungkin yang pergi itu cinta, tapi yang akan datang nanti jodoh..
Mungkin hari ini kita kehilangan orang yang kita sayang, tapi nanti akan datang seseorang yang menyayangi kita..
Janji Allah itu pasti

Inilah yang aku selalu fikirkan tuk positifkan fikiran dan tenangkan hati yang resah-gelisah.

Tapi, itu bukanlah bermakna aku nak sangat cari pengganti secepatnya. Jauh sekali. Aku cuma nak besarkan anak-anak aku sebaiknya dan fokus pada diri-sendiri juga berbakti pada mak.

Aku tak mahu pandang ke belakang lagi.
Semalam hanyalah kenangan, walaupun aku tahu mustahil bagi aku lupakan semua kenangan itu kecuali ingatan aku Allah tarik semula atau aku sendiri pergi menghadap-Nya...

Selagi hayat dikandung badan, aku akan terus berusaha tuk membesarkan dan mendidik anak-anak aku. Biar susah, biar payah, aku akan tetap berusaha demi anak-anak.

Yakinlah wahai hati ♥, pasti ada hikmah di sebalik-Nya.

Sent from my SweetBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday 24 February 2013

Sakit Hati

Hati aku betul-betul tengah sakit.
Benci betul dengan manusia yang takde pendirian. Yang takde matlamat.
Suka, cakaplah suka. Benci, cakaplah benci.

Niat hati nak berbincang tentang status diri yang takde kata putus ni dengan suami. Ni sms aku dan suami :-

Aku: salam. Nak discuss something about us, bz ke?
Suami: nak cakap apa, cakaplah.
Aku: so, cemana dengan kita ni?
Suami: macam ni lah.
Aku: macam ni tu macam mana? Please explain detail.
Suami: nak detail mcm mana? Mcm ni je la.
Aku: ye lah, awk ni nak kat saya lg tak sbg isteri?
Suami: (tak reply)
Aku: nak ke tak sy lg sbg isteri?
Suami: (tak reply)
Aku: if awk mmg dah xnak sy, I'll make a move. Taknaklah awk terus menanggung dosa. Cukuplah apa yg ada ni.
Suami: ntah
Aku: mana boleh ntah.
Suami: boleh x kita tinggal bersama demi anak2, tapi awk jgn campur urusan sy.
Aku: blank

Apa makna sebuah perkahwinan bagi suami? Sedih berbaur sakit hati. Kenapa aku boleh berkahwin dengan lelaki yang tak punya ilmu perkahwinan? Yang tak tahu matlamat sebuat perkahwinan?

Sakit, sedih, pedih.

Apa harus aku buat? Aku tak tahu. Perlu ke aku yang failkan penceraian? Atau aku perlu terus bersabar digantung tak bertali?

Sent from my SweetBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Berhenti berharap

Salam semua :)

Lamanya tak berupdate blog ni. Nak buat cemana, macam ni jugak lah life aku dan ank2 takde apa yang berubah.

Dah hampir 2bln suami tinggalkan aku. Tanda-tanda tuk pulang tu, langsung takde bayang. So, aku tekadkan hati tuk tidak terus berharap. Bukan aku dah berhenti berharap, tapi aku dah serahkan segalanya pada Allah.

Aku dah berusaha keras, dah pergi kaunseling, dah minta nasihat orang ketiga dan dah bincang dengan keluarga. Tapi semuanya tetap sama, keputusan tetap terletak di tangan suami. Jadi aku serahkan pada Allah, apa yang terbaik Allah dah rancangkan tuk aku dan anak-anak, aku redha.

Dalam tempoh hampir 2bln ni, takde lah langsung tak berjumpa. Ada. Suami ada datang jumpa budak-budak kat rumah pengasuh, ada gak suami mintak aku bawak budak-budak ni gi kedai makan dan dia datang makan dengan anak-anak, ada gak dia datang ke rumah mandikan anak-anak dan sarapan dengan anak-anak. Tapi, langsung tak bercakap dengan aku, tak pandang muka aku. Mungkin dah jijik atau dah muak. Tak kesahlah. Aku dah tak harapkan apa-apa lagi dari seorang bergelar suami.

Andai ada jodoh aku dan suami, maka Allah akan panjangkan jodoh kami dan dia akan kembali pada kami. Jika sebaliknya, aku serahkan segalanya pada Allah kerna Dia adalah sebaik-baik perancang. Cinta tak semestinya memiliki kan?




Sent from my SweetBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday 20 February 2013

Rasa dalam hati

Ma shaa Allah, aku keliru.. Tak tahu apa yang aku rasa sekarang ni.. Hati aku rasa sakit sangat, dada ni macam nak pecah tanggung rasa sakit ni... Rasa rindu pada seorang bergelar suami..kecewa sebab suami takde pun tanda2 mahu berbalik...

Aku tak kuat lagi...
Aku dah cuba terima semua yang berlaku adalah qada dan qadar Allah...
Aku dah cuba redha apa yang berlaku ada hikmahnya...

Tapi...
Hati ni tetap rasa sakit...kecewa...

Aku dah usaha tuk perbaiki dan pertahankan rumahtangga ni demi anak-anak, tapi suami dah nekad tuk bercerai...tapi sampai ke hari ni, takde pulak usaha dia tuk menceraikan aku... Adakah suami juga seperti aku? Mengharapkan ada sinar tuk kami baiki hubungan ini?

Setiap kali aku tnyakan status aku pada suami, dia tetap dengan keputusan dia mahu ceraikan aku...
Hak mentalakkan isteri kan ditangan suami, aku takde hak nak menghalang... Aku harap, sebelum keputusan dibuat suami dah fikir tentang aku dan anak-anak...

Aku terpaksa terima keputusan dia sebab aku tiada hak langsung...walaupun hati aku belum bersedia.. Walaupun hati aku masih sayangkan dia... Walaupun aku sentiasa harapkan dia kembali..

Aku dah cuba sedaya-upaya pertahankan mahligai kami...
Aku dah mengikuti sesi kaunseling di pejabat agama tapi malangnya suami tak hadir. Jadi, takde apa yang dapat dilakukan tuk menyelamatkan rumahtangga kami.

Kaunselor hanya mahu aku bersedia jika dicerai suami. Tiada jalan lain tuk menyelamatkan perkahwinan jika suami memang mahu menceraikan aku.

Mahkamah dunia tak mampu membantu kaum hawa seperti aku. Nampaknya nasib wanita sentiasa tiada pembelaan jika suami sendiri tidak tahu tanggungjawab mereka.

Apa harus aku buat? Bagaimana mahu kubuang perasaan rindu dan sayang ini?


Sent from my SweetBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday 11 February 2013

Takdir Allah atau Kehendak Sendiri?

Serius aku keliru.

Adakah ini takdir Allah atau kehendak suami? Andai penceraian ini terjadi, pasti dengan izin-Nya. Walau suami berkehendak, tanpa izin Allah tetap takkan terjadi.

Tapi, sepanjang kami tiada lagi persefahaman ni. Aku dan anak-anak nampak macam mangsa keadaan. Aku dan ank-anak sentiasa bersedih, tapi suami seronok hidup membujang. Kami anak-beranak macam berkabung tapi suami makin ligat dengan aktiviti zaman bujang.

Saat kami ank-beranak bersedih meratap nasib kami ditinggal, suami berseronok di klcc sambil jalan-jalan dan menonton wayang.

Aku tak tahu nak cakap macam mana lagi. Apa yang patut aku dan anak-anak buat? Musnahkan keluarga bahagia kami atau terus berkorban demi kebahagiaan suami dan papa yang belum sedia meninggalkan kehidupan bujang?

Aku tak nampak apa kesudahan keluarga kami andai ikatan pernikahan ini diteruskan. Aku cuma nampak dunia kami kelabu. Tiada lagi sinar terang buat kami.

Aku juga tak nampak sinar terang buat kami andai ikatan pernikahan ini di leraikan. Nampaknya, apa pun jadi tetap aku dan anak-anak perlu hadapi hari yang kelam. Hanya suami yang bahagia walau apa yang terjadi.

Aku dan anak-anak belajar menerima takdir Allah ini, walaupun bukan ini yang kami pinta kerna ini semua kehendak suami...

Sent from my SweetBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday 7 February 2013

Ini kah jalan penyelesaian terbaik?

Subhanallah..

Besar sungguh dugaan-Mu pd ku, Ya Allah. Aku hampir tak mampu...

Dah pelbagai kata aku cakap pada suami tuk dia fikirkan jalan penyelesaian selain penceraian. Tapi dia masih nekad. Apalah daya aku, ya Allah..

Ya Allah,
Kau pemilik segala hati, kau lembutkan lah hati suamiku...
Kekalkan lah rasa sayangnya padaku dan anak-anak...
Kau panjangkan lah jodoh kami...
Kau kekalkan lah ikatan pernikahan ini..

Aku tak berdaya..
Aku tiada kuasa...
Kau bantu lah aku, Ya Allah...

Amin.
Sent from my SweetBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday 6 February 2013

Bina Hidup Baru

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ni genap sebulan aku dan suami tinggal berasingan. Aku masih lagi isteri dia atas kertas sebab suami tak failkan penceraian lagi, tapi hakikatnya aku dah lama bukan isteri dia.

Kalau nak ikutkan rasa hati, memang sakit hati ni diperlakukan sebegini. Tapi, aku pasrah dengan qada dan qadar Allah. Pasti Allah merencanakan sesuatu yang lebih baik tuk aku dan anak-anak. In shaa Allah.

Aku dah mula terima hakikat yang rumahtangga kami memang tak dapat nak diselamatkan lagi. Suami masih tekad nak bercerai walaupun sampai hari ni, talak masih belum terlafaz. Aku terpaksa terima keputusan dia, walaupun perit.

Aku yakin, Allah sayang aku sebab tu Allah uji aku. Ujian Allah ini mengkin satu musibah atas dosa yang aku lakukan atau mungkin satu kafarah tuk aku suci bersihkan dosa aku atau mungkin satu cara tuk meningkatkan kesabaran aku.

Apa pun, aku terima ujian Allah ini. Aku bersyukur aku diuji, baru aku sedar betapa tipis cinta aku pada Allah. Betapa selama ini cinta aku pada suami melebihi cinta aku pada Allah.

Aku nekad tuk mulakan hidup baru bersama anak-anak. aku dan anak-anak perlu belajar terima kenyataan. Aku jugak slowly explain kat anak aku yang aku dan papa diorang tak boleh tinggal bersama lagi. Walaupun berbagai soalan cepu cemas diorang tanyakan, tapi aku sebolah mungkin explain pada diorang.

Aku sekarang ni masih tinggal dengan kakak dan abang ipar. Walaupun hati ni cukup malu tuk terus menumpang dan menyusahkan diorang tapi aku terpaksa. Selagi aku tinggal kat rumah aku, selagi tu aku akan hidup di selubungi rasa rindu pada suami. Satu benda aku tak boleh nak buat kalau asyik terkenangkan suami. I'm thinking of nak cari rumah lain tuk hapuskan segala kenangan dan rasa cinta pada suami yang masih membuak.

Aku dah sedapa upaya pertahankan rumahtangga ni. Tapi, kalau masih jugak terlerai, dah tentu Allah rencanakan sesuatu yang lebih baik kan..

Aku yakin, Allah sayangkan aku... Moga Allah beri aku kekuatan tuk aku hadapi ujian-Nya ini...

Anak-anak akan jadi sumber kekuatan aku. Mujur ada keluarga yg sangat memahami, sahabat yang sama-sama berkongsi kedukaan dan bantu aku tuk bangkit. Kalau tak, tentu aku dah tersungkur menyembah bumi kerana beban dugaan yang aku galas amat berat.

Moga aku boleh bangkit dan berjalan tuk bina hidup baru bersama anak-anak... Itu harapan aku...


Sent from my SweetBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday 4 February 2013

Hati tak keruan

Sekarang ni hati tak keruan, jiwa tak tenteram...
Sebab suami baru ambik anak bujangku tanpa pengetahuan aku kt rumah pengasuh. Hancur luluh hati bila pengasuh bagitau yang suami datang ambik anak...

Aku sanggup tinggalkan keje dan segalanya demi anak, biar boss cakap apa sekalipun bila anak tak diketahui mana dia berada, hati tak keruan...

Aku tak pernah berpisah dengan anak-anak dengan sengaja. Rasanya sangat sakit. Aku tak dapat bayangkan bagaimana aku nk harungi semua ni bila berpisah nanti. Ma shaa Allah, tak dapat aku bayangkan.

Lepas berpisah nanti, dah tentu aku perlu benarkan anak-anak berjumpa papa diorang. Cemana aku nak lepaskan anak-anak? Boleh ke kalau aku cuma benarkan dia jenguk? Tapi tak boleh bawak balik tidur kt rumah? Kejam ke aku? Aku tak mampu nak hadapi saat tu..

Hari ni, bila dapat tahu suami ambik anak. Aku dah berjejes air mata, tak boleh nk kawal perasaan. Sedih, takut kehilangan, sampai aku hilang arah. Mujur aku boleh lagi memandu.. Kalau tak, dah innalillah sebab aku drive dalam keadaan emosi tak stabil.

Hati aku tak keruan selagi anak-anak takde depan mata, anak-anak adalah segalanya bagi aku. Tanpa anak-anak, tak mampu aku nak hidup lagi...

Baru aku tahu bagaimana rasanya bila terpisah dengan anak. Bila outstation tu lain rasanya sebb kita memang dah set kat mind yg kita akan balik dan jumpa anak-anak, kita berpisah kerana tuntutan kerja.. Tp yang ni lain, aku takut sangat suami tak pulangkan anak...

Moga Allah tenangkan hati aku dan aku slowly terima kenyaatan bahwa aku dan suami akan berpisah jugak dan aku perlu belajar lepaskan anak-anak...

Ya Allah, kuatkan hatiku... Aku lemah dan tak berdaya...


Sent from my SweetBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday 1 February 2013

Hina sangatkah aku?

Assalamualaikum semua :)

Hati ni terluka sangat. Hina sangat kah aku? Sampai suami dan keluarganya langsung tak datang berjumpa aku dan keluarga aku tuk berpisah? Masa nak kahwin, boleh pulak dia dan keluarga dia datang berbincang pasal tarikh dan duit hantaran. Tapi, bila nak berpisah langsung tak nampak batang hidung.

Jangan nak bincang tarikh nak berpisah, langsung tak bincang pasal nafkah pun. Sepanjang aku digantung tak bertali ni pun, nafkah aku dan anak2 terabai. Hina sangatkah aku sampai diperlakukan begini?

Kecewa sungguh rasa hati. Rasanya, suami dan keluarganya dari keturunan baik-baik. Bapa mertua rajin ke masjid, ibu mertua bertudung labuh tapi kenapa aku diperlakukan macam ni? Hina sangatkah aku dan keluargaku?

Suami tak habis-habis ulang, aku tak boleh putuskan hubungan dia dengan anak-anak. Adakah hubungan papa dan anak tu cukup sekadar telefon? Cukup sekadar menjenguk? Cukup sekadar hantar pergi sekolah? Cukup sekadar nak jaga hujung minggu? Anak-anak tak perlukan tempat tinggal ke? Tak perlu makan dan pakai ke? Anak-anak tak perlu bayar yuran sekolah ke? Anak-anak taknak jajan dan mainan ke? Adakah semua tu tanggungjawab aku sebab aku yg nak jaga anak2?

Kecewa sungguh hati aku...

Sent from my SweetBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Langkah Mula

Assalamualaikum semua :)

Almost a month aku dan suami tak tinggal bersama. masih lagi takde tanda-tanda yang suami dah failkan penceraian sebab aku tak terima lagi sebarang surat dari mahkamah. So maknanya, suami gantung aku tak bertali sepanjang sebulan ni. Aku sendiri tak pasti samada suami nak teruskan atau nak bercerai. Aku dah puas bertanya pada suami, tapi dia terus berdiam diri.

Aku serahkan segalanya pada suami dan takdir. Andai kami masih berjodoh, maka kami akan bersama semula tapi andai sebaliknya, aku dan anak-anak terima dengan redha. Aku dan anak-anak mula belajar berdikari dan lakukan semua sendiri. Aku mula atur akaun keluarga semula, sebab sekarang ni semua tanggungjawab mencari rezeki tuk anak-anak dibawah tanggungjawab aku.

Walau sempit cemana sekalipun, aku tetap perlu suap mulut anak-anak, tetap kena bayar babysitter dan yuran sekolah, kena bayar transport anak gi sekolah, kena beli diapers n susu anak-anak, bayar rumah dan segala bil. Dengan gaji yang masih sama, aku perlu bahagikan secukupnya tuk tanggung semuanya.

Demi masa depan anak-anak, aku perlu usaha lebih, kalau tak aku kena ikat perut. Mana nak cari duit tuk isi minyak kereta dan duit makan dan barang rumah lagi. tapi bagaimana nak tambah pendapatan? Online business? Keje part time? Aku takde kelebihan atau skill luar biasa tuk cari duit lebih. Nak jual kek, tak reti baking. Nak mengandam, takde bakat. Nak bisnes, takde modal. Pening kepala.

Hanya kepada Allah aku berdoa dan berserah. Rezeki datangnya dari Allah, moga Allah buka pintu rezeki tuk aku dan anak-anak.

Keperluan dan belanja anak-anak semakin bertambah. Next year anak nak masuk darjah 1 dah, sure duit yuran dan buku aku kena kumpul dari sekarang. Kalo duit gaji cuma cukup-cukup makan, mana nak simpan duit.

apa yang aku perlu buat tuk mulakan langkah?

Sent from my SweetBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.