Sunday, 27 January 2013

Dugaan Allah silih berganti

Assalamualaikum semua :)

Mashaa Allah, dugaan Allah datang menimpa aku silih berganti. Belum pun habis Allah uji aku dengan kegagalan perkahwinan, Allah uji dengan memberi sakit pada kakak aku hingga koma selepas pembedahan. Syukur Allah beri semula kebahagiaan aku bila kakak aku sedar dan sihat semula. Belum pun kebahagiaan tu aku kecapi, Allah uji pula kesabaran aku tuk bergelar single parent dengan memberi sakit pada anakku. Demam panas yang datang waktu malam, mujur ada ahli keluarga aku yang membantu aku pulihkan anak-anak.

Aku hampir jatuh, tapi aku sedar Allah beri aku semula kekuatan. Aku ingat dengan ujian Allah ini, suami membuka mata dan lihat betapa aku masih perlukan dia tapi malangnya... Jika cinta sudah tiada, takde apa lagi yang aku boleh harapkan dari dia. Dia sudah mula menikmati hidup bujangnya semula. Keluarga suami juga bagaikan seronok menerima semula suami yang kembali bujang.

Hari ni, aku sedar yang aku dah tak perlu harapkan apa-apa lagi dari suami dan keluarganya. Anak-anak adalah harta aku yang perlu aku pertahankan. Kecewanya hati aku pada suami dan keluarga mertua bukan kepalang. Aku sedar yang mereka tak pernah ikhlas menerima aku. Semoga Allah beri aku kekuatan.

Mulai saat ini, aku perlu lebih kuat demi anak-anak. Membesarkan anak-anak adalah tanggungjawab yg perlu aku galas sekarang ni. Sokongan keluarga aku dan sahabat terdekat amatlah aku harapkan...

Dugaan yang datang nak menguji kekuatan jiwa aku. Walaupun luaran nampak aku kuat dan sudah bersedia tapi dalam hati aku, aku dah hampir lemas...

Ya Allah, kasihani lah aku Ya Rabb!!! Aku hamba-Mu yang banyak khilaf... Berilah aku kebahagiaan dunia dan akhirat


Sent from my SweetBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.