Tuesday, 29 January 2013
Redha atau Pasrah?
Dah lebih 3minggu aku dan suami berpisah rumah. Dalam tempoh 3 minggu ni, aku tak putus-putus berdoa semoga Allah panjangkan jodoh kami, semoga Allah pelihara ikatan suci pernikahan kami, semoga keluarga kami kembali bersatu. Malangnya, aku seorang berusaha. Suami? Semakin seronok jalani hidup bujang.
Hari ni, aku dah berhenti berdoa tuk perkahwinan ini sebab aku dah redha yg jodoh kami setakat ini. Hati ini dah terluka. Luka yg tersangat dalam. Aku tak mampu nak sembuhkan luka ini. Dan hari ini, aku berdoa semoga aku kuat tuk hadapi hinaan orang terhadap janda seperti aku, cacian orang terhadap anak-anak yg membesar dalam keluarga yg tak sempurna, dan moga aku kuat tuk besarkan anak-anak dengan hasil titik peluh aku dan aku kuat tuk mendidik anak-anak sendiri sebab sekarang aku lah mama dan papa tuk anak-anak.
Aku doakan suami akan berjumpa cinta yg dia cari selama ni, dia bahagia bersama isteri yg boleh hormati dia, menyayangi dia dan menjaga dia lebih baik dari aku.
Aku dan anak-anak akan terus berusaha tuk berdikari. Bukan mudah tuk harungi semua tu, tapi aku yakin anak-anak sangat memahami keadaan aku.
Aku pasrah andai jodoh aku dan suami hanya setakat ini tapi aku redha dengan ketentuan Allah buat aku dan anak-anak. Aku yakin Allah sedang rencanakan sesuatu yang lebih baik tuk aku dan anak-anak.
Semoga aku dapat maafkan suami dan keluarga mertua. Semoga hidup aku dan anak-anak lebih tenang selepas maafkan mereka.
Bukan redha atau pasrah persoalannya, yang penting aku dan anak2 memang kena kuat hadapi dugaan Allah buat kami ni.
Sent from my SweetBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sunday, 27 January 2013
Dugaan Allah silih berganti
Mashaa Allah, dugaan Allah datang menimpa aku silih berganti. Belum pun habis Allah uji aku dengan kegagalan perkahwinan, Allah uji dengan memberi sakit pada kakak aku hingga koma selepas pembedahan. Syukur Allah beri semula kebahagiaan aku bila kakak aku sedar dan sihat semula. Belum pun kebahagiaan tu aku kecapi, Allah uji pula kesabaran aku tuk bergelar single parent dengan memberi sakit pada anakku. Demam panas yang datang waktu malam, mujur ada ahli keluarga aku yang membantu aku pulihkan anak-anak.
Aku hampir jatuh, tapi aku sedar Allah beri aku semula kekuatan. Aku ingat dengan ujian Allah ini, suami membuka mata dan lihat betapa aku masih perlukan dia tapi malangnya... Jika cinta sudah tiada, takde apa lagi yang aku boleh harapkan dari dia. Dia sudah mula menikmati hidup bujangnya semula. Keluarga suami juga bagaikan seronok menerima semula suami yang kembali bujang.
Hari ni, aku sedar yang aku dah tak perlu harapkan apa-apa lagi dari suami dan keluarganya. Anak-anak adalah harta aku yang perlu aku pertahankan. Kecewanya hati aku pada suami dan keluarga mertua bukan kepalang. Aku sedar yang mereka tak pernah ikhlas menerima aku. Semoga Allah beri aku kekuatan.
Mulai saat ini, aku perlu lebih kuat demi anak-anak. Membesarkan anak-anak adalah tanggungjawab yg perlu aku galas sekarang ni. Sokongan keluarga aku dan sahabat terdekat amatlah aku harapkan...
Dugaan yang datang nak menguji kekuatan jiwa aku. Walaupun luaran nampak aku kuat dan sudah bersedia tapi dalam hati aku, aku dah hampir lemas...
Ya Allah, kasihani lah aku Ya Rabb!!! Aku hamba-Mu yang banyak khilaf... Berilah aku kebahagiaan dunia dan akhirat
Sent from my SweetBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Monday, 21 January 2013
Bersedia kah aku?
Alhamdulillah, dah almost 2 weeks aku ngan suami tak tinggal sebumbung dan dah kurang bergaduh. At least aku tak terus-terusan berdosa dgn suami kan...
Tapi selama tempoh tu, aku dan anak-anak tinggal dengan kak ngah aku. Tu pun atas permintaan kak ngah, dia risau aku ngan ank-anak tinggal ber-tiga je kt umah dan dapat keizinan suami. Dan dalam tempoh tu jugak, suami tinggal dengan parent dia.
Selama tempoh ni, bukan aku tak usaha nak perbaiki hubungan kami. Kalau aku diberi pilihan, dah tentu aku mahu suami berubah fikiran, dah tentu aku mahu keluarga yang sempurna buat anak-anak. Tapi, kuasa talak itu ditangan suami. Andai dia dah tiada hati tuk aku, aku tak boleh paksa, anak-anak juga tak mampu nak paksa.
Apa usaha aku? Aku dah solat istikharah, aku berdoa moga Allah tunjukkn jalan terbaik buat aku dan suami. Aku dah ke pejabat agama tuk mengikuti sesi kaunseling tapi, dah Allah tentukan jodoh aku dan suami setakat ini je, sebab tu pihak pejabat agama tak panggil lagi tuk sesi kaunseling.
Aku juga berdoa, semoga tempoh 2minggu ini suami jadikan ruang dan peluang tuk muhasabah diri dan cari punca pergaduhan dan cari jalan penyeselesaian. Tapi, nampaknya keputusan suami nekad dan dia tetap nak berpisah. Aku redha.
Bersediakah aku?
Aku sendiri tak pasti. Bersediakah aku? Dalam tempoh ini, aku cuba redhakan hati tuk aku terima takdir Allah. Bukan semua orang di pilih tuk di uji begini. Aku antaranya.... Maka, aku redha.
Aku cuba sesuaikan diri dengan hidup baru aku. Bagi aku, anak2 segalanya bagi aku. Melihat mereka happy, dah buat tuk aku happy. Aku bekerja keras juga demi anak-anak.
Aku doa, semoga aku kuat hadapi ujian Allah ini. Mungkin Allah nak uji tahap kesabaran aku. Aku kan hamba-Nya yg byk dosa, dah tentu aku di lah yang paling banyak diuji. Aku redha..
Sent from my SweetBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Thursday, 17 January 2013
Aku pasrah
Besar sungguh ujian Allah pada aku. Mungkin ini balasan atas dosa-dosa yg telah aku perbuat sebelum ni.
Dah lebih seminggu aku dan suami tak tinggal serumah. Walaupun tak saling memandang wajah, hati kami masih saling berperang. Tak sangka Palestin di serang israel, aku pulak diserang suami dengan kata-kata yg sangat menusuk ke jiwa. Hati aku dah semakin tak kuat.
Suami bukan saja mendesak aku tuk cepat memfailkan penceraian di Mahkamah tetapi menuduh aku macam-macam sampai menuduh aku mama yang tak pandai jaga anak. Kecewa sungguh hati aku, waktu dia 'sibuk' aku lah yg menjaga anak-anak. Langsung dia tak perasan sikit pun pengorbanan aku.
Aku kecewa, aku ingat dengan berjauhan seminggu buat dia teringat balik semua kenangan manis antara kami. Rupanya, langsung tak bersisa rasa cinta dia buat aku.
Aku pasrah...
Allah beri banyak ruang dan peluang tuk kami berbaik semula, tapi suami tetap dengan keputusannya mahu berpisah. Apa lah daya aku...
Aku pasrah ya Allah, dengan ketentuan-Mu. Mungkin ini yang terbaik tuk aku dan suami. Tapi, aku sangat takut anak2 jadi mangsa keadaan. Aku cuba tuk ketepikan rasa sakit dalam hati ni demi anak-anak. Tapi, mungkin takdir Allah telah ditetapkan tuk aku yang jodoh aku dan suami hanya setakat ini...
Aku pasrah...
Sent from my SweetBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tuesday, 15 January 2013
Kecurangan Suami
Sebenarnya dah lama aku perhatikan perubahan suami, dan lama jugak aku perasan kecurangan suami. Pada mulanya, aku rasa aku cuma mengesyaki sebab belum ada bukti, tapi sejak 2-3bulan kebelakangan ini memang jelas terbukti, satu per satu Allah tunjukkan pada aku.. mungkin petunjuk tuk aku buka mata...
- AKu ni memang suka membebel dengan anak-anak, asal tak kena pada pandangan aku, akau akan tegur anak-anak. tujuannya tuk mendisiplinkan anak, tapi lately suami akan marah bila aku bebel pada anak, dia akan terus masuk bilik dan main henpon.
- Kalau dulu, dia tak kisah sangat pun dengan penampilan. bila aku sediakan baju tuk dia pakai, dia akan menolak sebab nak pakai yang sempoi je, tapi kebelakangan ni, dia dah mula nak pakai baju yg elok, berkolar dan pandai dah nak pilih baju sendiri.
- yang paling pelik sebab dia cerewet bab membeli baju, kaler apa yang selama ini dia serahkan bulat-bulat pada isteri. dan paling pelik bila langsung tak minta pendapat isteri. Penting bagi isteri menyelidiki suami mereka yang bersikap sedemikian!
Sunday, 13 January 2013
Tiada lagi maaf bagimu
Sekali suami lafazkan "aku ceraikan kau, dengan talak satu", selamanya aku takkan maafkan dia.
Aku dah cukup terluka, selama hari ni aku telan semua sikap buruk dia, aku pejamkan mata atas sikap tak bertanggungjawab dia, tapi sekali dia lafazkan cerai, aku tak akan dapat terima dia semula..
"Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya".
Pagi-pagi lagi, suami sms suruh aku ke mahkamah syariah failkan penceraian sebab dia dah tak sabar nak bercerai. Kalau boleh dia mintak aku pergi hari ni. Ikutkan ego, memang aku akan pergi hari ni tapi aku akan berjumpa kaunselor sekali lagi mintak pendapat bijak pandai. Nak harapkan otak aku fikir, memang tak dapat lah sebab otak aku tengah serabut.
Aku pernah berjumpa kaunselor bulan lepas, masa suami buat hal. Kaunselor tu pujuk aku suh pertahankan rumahtangga aku dan suami demi anak-anak. Tp, setelah sebulan, suami buat hal lagi. Dia tipu aku lagi. Kali ni, sekali lagi aku nak mintak nasihat kaunselor. Mana tahu, ada jalan penyelesaian yang lebih baik kan...
Memang waktu ni aku benci dia, sebab dia tak pernah fikir sebelum cakap. Tapi kalau dia dah nekad nak bercerai, aku sebagai isteri tak boleh nak buat apa pun. Redha je lah.
At least, aku nak berusaha perbaiki sebelum talak dilafazkan. Andai masih ada jodoh, in shaa Allah boleh diselamatkan lagi. Tapi, andai jodoh dah tiada.. Redha je lah.
Aku dah cuba istikharah, tapi petunjuk tu macam buat aku keliru. Mungkin aku kena buat lagi, supaya aku lebih yakin dgn keputusannya. Dah 3malam aku buat solat istikharah, setiap malam mimpi aku menjurus tuk perbaiki hubungan kami tapi selama 3hari jugak, suami provok aku tuk bercerai. Aku keliru, samada nak teruskan proses penceraian atau perbaiki rumahtangga aku.
Mohon Allah permudahakan jalan hidup aku.. Amin.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Kecewa
Yang buat aku kecewa, dia letakkan 100%kesalahan pada aku tuk dia mohon penceraian. Kononnya kerana aku suka marah-marah dan kurang ajar pada dia. Tapi, dia langsung tak fikir kenapa aku boleh marah-marah dan kurang ajar pada dia. Sebab dia tak jalankan tanggung jawab dia sebagai suami dan papa.
Selama hari ni, aku pendamkan kerana aku masih hormat dia sebagai suami. Tapi dia melampau bila dia tipu aku dan anak-anak, dia curang, dia pentingkan diri. Aku pulak yang pikul tanggungjawab sediakan makan-minum dan pakaian anak-anak, aku pulak yang kena sediakan duit yuran sekolah anak-anak, tapi dia.. Kalau ada duit shopping pakaian sendiri, lepak dengan kawan-kawan, karaoke, tengok bola dll... langsung tak fikir nak ganti balik duit simpanan aku..
Aku tahu, tujuan dia nak mohon penceraian atas sebab isteri nusyuz sebab dia taknak bayar nafkah pada aku... Takpe, aku ikutkan je..
Hati aku dah terlalu sakit, hati aku dah terluka dengan sikap dia... Dia nak sangat bercerai, aku ikutkan... Tapi, sekali dia lafaz talak pd aku selamanya aku takkan maafkan dia...
Apa akan jadi pada aku dan anak-anak selepas ni?
Aku? Dah tentu bergelar janda dalam usia aku 30tahun. Itu pasti. Aku sedang berusaha tuk terima kenyataan ini.
Anak-anak?
Dah tentu atas jagaan aku. Aku akan pastikan anak-anak bahagia walaupun tanpa papa. Selama hari ni pun, keperluan anak-anak semua aku yang sediakan. Cuma susu n diapers je papa dorang beli. In shaa Allah, aku akan cuba sediakan keperluan mereka sebaiknya. Kalau duit gaji tak cukup, aku akan cuba sedaya-upaya tuk cari duit tambahan. Kalau terpaksa keje part time pun aku sanggup demi anak-anak.
Nak harapkan nafkah dari papa diorang, memang aku tak pernah harapkan. Selama hari ni, aku yg pikul tanggungjawab tu. So, aku tak yakin dia akan laksanakan tanggungjawab tu...
Doakan aku terus kuat ye :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Takdir Allah, tiada siapa dapat melawan
Aku hanya hamba Allah yg tidak pernah kering dari melakukan dosa... Manakan aku yang tiada daya dan kuasa ini dapat melawan takdir Allah..
Jodoh, ajal, maut, rezeki ditangan Allah. Allah adalah pengatur terbaik. Setiap yang ditentukan pasti ada hikmahnya, aku sebagai hamba-Nya hanya mampu redha dengan setiap ketentuan-Nya.
Aku hanya mampu berdoa, semoga Allah dilindungi rumahtangga aku, semoga Allah lembutkan hati aku dan suami tuk sama-sama berubah demi mendapat redha Illahi.
Jika ALLAH sudah takdirkan sesuatu itu untuk KITA..
WALAU seluruh ISI ALAM ini MENGHALANG kita dari mendapatkannya,
Kita TETAP AKAN mendapatkannya dengan apa cara sekalipun...
TETAPI jika ALLAH sudah takdirkan sesuatu itu BUKAN untuk KITA,
WALAU seluruh ISI ALAM ini MEMBANTU KITA untuk mendapatkannya,
Kita TETAP TAKKAN mendapatkannya....
Begitu juga dengan perkahwinan ini. Walau seribu kali aku berusaha tuk pertahankannya, tapi jika Allah takdirkan jodoh aku dan suami setakat ini, pasti akan berpisah juga...
Kerna, siapalah aku ingin melawan takdir-Nya...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Hanya Pada-Mu Aku berserah
Suami dah nekad nak bercerai. Aku pasrah, segalanya aku serahkan pada yang Maha Kuasa kerna Dia yang mengetahui apa yang terbaik tuk aku, anak2 aku, masa depan aku dan agamaku... Biarlah Dia yang tentukan ke mana arah tuju perkahwinan aku...
dah hampir 2bulan aku berusaha pertahankan perkahwinan ini...
Dah hampir 2bulan aku berusaha lukakan hati sendiri demi perkahwinan ini...
Dah hampir 2bulan aku cuba pertahankan hak anak-anak...
Tapi... Aku lupa...
kekadang tak semua yang aku inginkan , aku akan dapat, malah doa yang aku panjatkan dengan penuh kesungguhan , dengan penuh pengharapan pun belum tentu akan dimakbulkan oleh Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Aku mahu bila aku memeluk suami,dengan penuh kasih , dengan penuh kelembutan , suami akan peluk aku kembali dengan penuh kasih dan kelembutan juga, tapi ada masa dan tikanya, harapan itu tak berlaku, mungkin suami akan mendengus dan menolak...
Kadang aku mahu bila suami balik ke rumah, dia akan tersenyum manis membalas manisnya senyuman aku, tapi ada masa dan tikanya, itu tidak berlaku, dia mungkin masam mencuka dan penuh marah2...
Kadang aku mahu setiap masa dan saat aku dalam bahagia, sama2 mendidik anak2, belajar dari kesilapan masa lalu dan membentuk masa depan cemerlang dan penuh barokah, tetapi kekadang bukan setiap saat dan tika , situasi lancar begitu…
kerana ada saat, ada tikanya,.. iman keluar dari dada.. lalu aku kecundang melawan nafsu... ada sangka dalam jiwa, ada syak dalam hubungan, ada dosa pada insan , ada noda pada Rabbul Izzati...
lalu aku diuji, atau diberi kafarah penghapus kesalahan. kerana belas ehsanNYA.
maka, walau dalam masa ada tika, ada saat kita tidak mendapat apa yang kita mahu, bercakaplah.. pada diri, sekali, dua kali, banyak kali, berulang2 kali,…
Ya Allah, aku redha kepadaMU, aku pasrah dengan kehendakMU, aku terima taqdirMU,..semuanya, segalanya,..
kerana ENGKAU Yang Maha Mengetahui, ENGKAU Yang Maha Pengatur, dan ENGKAU Yang Maha Penentu,..
dan hanya kepadaMU lah aku berserah diri,…
Aku redha andai perpisahan adalah jalan terbaik tuk aku dan suami... Aku serahkan hidupku dan matiku, hanya pada-Mu ya rabb...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
♥• ..Ada ketikanya.. ♥
Ada ketikanya insan yang kita sayang, membuatkan kita dalam keadaan teruji
Ada ketikanya insan yang kita sayang, membuatkan kita terkeliru
Ada ketikanya insan yang kita sayang, selalu membuatkan kita terluka
Ada ketikanya insan yang kita sayang, semakin membuatkan kita terkilan
Ada ketikanya insan yang kita sayang, membuat rasa sabar kita kian menipis
Ada ketikanya insan yang kita sayang, mengguris hati kita hingga menitis airmata
Namun kita tetap menyayangi dia... Kerna APA? Kerna kita terima dia seadanya...
Namun sedalam mana pun rasa sayang kita pada dia... Tapi jika rasa cinta pada kita dah hilang, tetap takkan kemana.. Kerna APA? Kerna Allah tahu apa yg lebih baik tuk kita...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Wednesday, 9 January 2013
Akibat tidak jujur
6/12/12, tarikh aku dan suami bicara kat mahkamah syariah tuk pengesahan lafaz cerai.
Aku ingat lagi, apa punca sampai membawa aku ke mahkamah syariah. Iaitu, suami hantar sms " aku akan lepaskan kau dengan cara baik kt mahkamah". Maka aku terus was-was dengan status aku sebagai isteri. Selepas dia hantar sms tu, aku faham yg dia mmg nak bawak perkara ni ke mahkamah. Dan aku reply sms dia bertanya samada dia memang berniat nak ceraikan aku masa hantar sms. Suami jawab ya. Kalau ya, talak dah jatuh. Aku ragu-ragu, maka aku mintak dia keluar dari rumah. Tapi, lepas 5 hari dia balik semula ke rumah dan memujuk aku sehingga berlakunya hubungan suami isteri.
Tapi selepas itu, dia masih lagi tak hiraukan aku dan anak-anak. Setiap hari balik tengah malam, tak bercakap, cuma menghadap handphone, whatsapp dan laptop. Hati isteri mana tak terluka kembali kan.
Aku nekad tuk semuka, andai dia betul nak bawak hal ni ke mahkamah kenapa perlu lakukan hubungan suami isteri, kenapa tak segera ke mahkamah. Dia jawab "aku cuma jalankan tanggungjawab aku sebagai suami". Korang agak, apa aku rasa? Aku rasa korang tahu apa yg aku rasa. Aku rasa terhina.
Aku nekad tuk kongsi masalah aku dengan kakak aku yg aku rapat. Dan dia terkejut pasal sms tu. Dia cakap, ayat sms tu agak meragukan dan aku perlu refer ke pej agama. Maka aku ke pejabat agama n mahkamah.
Pada 6/12/12 tu, di hadapan hakim syarie suami mengaku tiada niat tuk ceraikan aku masa send sms. Aku pandang muka dia byk kali. Depan hakim dia ckp " dia memang berniat nak ceraikn aku kt mahkamah dengan cara baik, tapi tak pun ke mahkamah". Jadi, hakim putuskan talak tak jatuh dan kami masih suami-isteri.
Walaupun aku agak terkejut, tp aku redha. Mungkin ini petunjuk bahwa jodoh aku dan suami masih ada.
Tapi, selepas peristiwa di mahkamah kenapa aku dan suami terus-terusan bergaduh. Masih lagi tiada keserasian, masih lagi berbeza pendapat malah lebih teruk dari sebelumnya.
Adakah kerana suami berbohong di depan hakim? Adakah kerana suami memang berniat mahu ceraikan aku masa hantar sms tu? Aku sendiri tak tahu. Hanya suami dan Allah je yang tahu.
bila mahkamah dah putuskan begitu, aku cuba beri ruang dan peluang pada suami tanpa jemu. Tapi, masih juga tiada perubahan. Malah makin dasyat dia menipu dan menipu aku. Adakah ini petunjuk bahwa jodoh aku dan suami dah tiada? Adakah ini balasan akibat suami berbohong depan hakim syarie dan permainkan hukum Allah. Wallahu a'alam. Aku sendiri tak tahu, aku takde kuasa ajaib nak tengok hati dan fikiran dia.
Aku cuma mohon Allah tunjukkn jalan terbaik tuk aku dan anak+anak. aku tahu, suami boleh menipu tapi Allah selalu benar. Aku yakin dengan kekuasaan dan kasih-sayang Allah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Kosong kosong
Aku langsung tak bleh nak lelapkan mata. Jiwa dan hati ni rasa kosong. Nak menangis, dah kering airmata.
Tangan aku sakit gila bila kena rentap dengan dengan suami tadi. Abes lebam pergelangan tangan aku. Sayang dan cinta aku terus melayang. Sekarang ni hati aku kosong.
Jodoh aku dan suami aku serah pada Allah. Kalau jodoh masih ada, aku redha dan andai jodoh dah takde pun aku pasrah..
Yang aku tahu, suami dah buang aku dan anak-anak. Nombor phone aku dah di blocked, whatsapp pun sama. Tapi aku rasa dia lebih kepada taknak aku tuntut hak aku dan anak-anak, iaitu nafkah. Masa kasih-sayang-cinta masih bertaut pun, nafkah culas-culas bagi pd anak-anak. Pada aku memang takde lah langsung sebab aku sendiri bekerja, kalau dulu aku tak nak dia berdosa maka aku redhakan saja. Sekarang ni, takkan dia nak lepas tangan?
Aku susah hati sekarang ni, terlalu banyak fixed cost yang aku perlu tanggung. Sampai tahap deficit lah duit gaji aku, mana lah aku nak cekau. Takut aku keperluan anak-anak aku abaikan. Ye lah, aku nak tanggung yuran sekolah anak, makan-minum, rumah, bil utilities. Belum anak sakit, kereta mogok, servis kereta. Masak aku macam tu! Memang aku kena ikat perut lah gamaknya lepas ni...
Kalau dulu susu-diapers dan asas keperluan dapur jd tanggungjawan suami, sekarang ni aku kena pikul sendiri lah... Aku redha.
Skang ni, jiwa aku kosong. Kosong.. Kosong.. (Nyanyi cam najwa latiff)
Harap akan ada sinar tuk aku dan anak-anak di hari esok.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah
Ada betulnya dialog Lisa Surihani a.k.a Mila dalam ombak rindu masa dia sembang dgn Maya Karin a.k.a Izzah kat sawah bendang tu kan. Kalau betul redha, kita ikhlas tapi kalo kita menyerah tu bukan redha namanya, tapi pasrah...
Dalam situasi aku sekarang ni, aku pasrah sebab aku dah menyerah kalah. Aku tak mampu nak bertahan lagi. Benteng kesabaran aku dah sampai tahap sipi-sipi nak ranap dah. Aku dah tak mampu... Aku surrender. Mungkin penceraian adalah jalan yg terbaik tuk aku dan anak-anak...
Setiap peluang dan ruang yang aku bagi pada suami, langsung tak digunakan sebaiknya malah aku pulak terus diuji dengan sikap dia yg langsung tak nak berubah... Aku tak mampu nak teruskan lagi. Air mata ni dah lama kering, aku dah tak mampu nak menangis lagi...
Aku tahu, kalau aku menyerah maknanya aku tak redha atas ketentuan Allah. Aku cuba lawan takdir. Tapi, aku cuma manusia biasa, iman aku cuma setipis bawang, mana kan mampu aku bertahan dengan dugaan yg datang tanpa jemu dalam hidup aku...
Aku pasrah... Ya Allah..
Andai penceraian adalah jalan terbaik tuk aku leraikan kekusutan dalam rumahtangga aku, aku terima... Aku cuba tuk redha... Aku bukan Saidatina Khadijah.. Aku jugak bukan Siti Hajar... Aku hanya wanita akhir zaman yang imannya amat tipis.. Aku cuma hamba Allah yg banyak khilaf, yg dosa nya tak terampun...
Saat ni, aku cuma menunggu dari suami keputusan dia. Andai talak yg dilafazkan aku pasrah... Kerana aku pun dah tak mampu nak bertahan lagi... Tapi, andai dia terus mengabaikan tanggungjawab dia dan gantung aku tak bertali aku pasrah sebab aku dah tak mampu nak pertahankan lagi... Dan andai suami mahu teruskan perkahwinan ini juga, aku belum mampu nak maafkan dia...
Kasih yang selama ini aku cuba pertahankan hampir terlerai...
Cinta yang selama ini aku bajai dah hampir layu.. Dan
Sayang yang selama ini aku warnai dah semakin sirna...
Aku pasrah...
Aku tahu, anak-anak pasti kecewa dengan keputusan ini... Tapi, aku jugak tak mampu nak terus biarkan anak-anak sama-sama menangis bersama aku... Aku cuma nak lihat kebahagiaan anak-anak...
Ya Allah.... Redhakanlah aku... Berkatilah keputusan aku... Andai penceraian bukan jalan yg terbaik tuk aku, anak2 aku dan agamaku... Kau tunjukkan lah jalan yg lebih baik utkku...
Aminn....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Monday, 7 January 2013
Sudah terlambah kah?
Dah bermacam cara aku cuba, tapi masih belum nampak solusinya..
Dah bermacam gaya aku memujuk, tapi masih keras hatinya..
Dah bermacam ayat aku susun, tapi masih belum dapat melembutkan hatinya..
Kadang aku rasa, aku dah putus asa..
Kadang aku rasa, aku dah jemu menunggu..
Kadang aku rasa, aku dah tak berdaya lagi..
Aku harap, cinta yg wujud dalam hatiku tuk suami akan kekal hingga ke alam sana..
Aku harap, cintanya yg dulu tuk isterinya ini masih bersisa..
Aku harap, cinta kami masih bertaut dan takkan terlerai selamanya...
Adakah sudah terlambat?
Adakah kasihnya buat aku dah sirna?
Adakah cintanya pada aku telah padam?
Adakah sayangnya tuk aku dah hilang?
Apa akan jadi pada aku?
Apa akan jadi pada buah cinta kami?
Apa akan jadi pada cerita cinta aku dan dia?
Aku mohon, moga Allah panjangkan jodoh kami..
Aku mohon, moga cinta yg Allah titipkan dihati-hati kami akan kekal selamanya...
Aku mohon, moga bahagia kekal milik kami hingga ke alam sana...
Walau berjuta kali aku katakan benci..
Walau beribu kali aku nyatakan kekesalan..
Walau beratus kali aku luahkan kesedihan..
Walau berpuluh kali aku mohon perpisahan..
Rasa cinta tetap ada...tuk dia yg bergelar suami...
Rindu tetap bertamu..tuk dia yg bergelar suami..
Maaf tetap aku beri...pada dia suamiku..
Semuanya kerana apa?
Adakah kerana aku bodoh sbb percaya setiap penipuannya?
Adakah kerana aku pasrah akan takdir-Nya?
Adakah kerana cinta aku jadi buta?
Bukan...semuanya kerana dia tetap suamiku.. Yg halal buatku...
Berbillion kali, I keep telling myself to forget about u, but I just can't do it.
Cause...
Aku terlalu mencintai lelaki yg dengan penuh yakin berjabat tangan abang longku tuk melafazkan lafaz akad nikah dan menerima aku sedanya...
Aku terlalu kasih lelaki yg bergelar suami...dan menyayangi aku sbg isterinya..
Adakah aku sudah terlambat?
Adakah aku sudah tidak sempat menagih semula cinta dan kasihnya?
Adakah aku sudah tidak layak menjadi isterinya?
Hanya dia yg bergelar suami dan Allah yg Maha mengetahui... Kerana jawapan setiap persoalan ada pada nya
Moga Allah kekalkan rasa cinta kami tuk selamanya...
Moga aku belum terlambat... Aminn.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Saturday, 5 January 2013
Pelangi Petang
Salam Tahun Baru 2013!
Belum terlambat rasanya nk wish happy new year kan? Azam baru? Aku harapkan ada pelangi indah muncul dalam hidup aku dan anak-anak selepas hujan ribut yg melanda kami ni.
Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari, ku harapkan pelangi petang muncul selepas hujan. Tapi malangnya, banjir geelombang kedua yg muncul. Moga Allah beri aku kekuatan. Kesabaran aku hilang sudah, kepercayaan aku dah dikhianati dan kasih sayang aku dah kian pudar semuanya kerana ujian yg datang tanpa henti.
Aku dah tak mampu nak teruskan. Rumahtangga yg dulu ibarat telur di hujung tanduk, kini bagaikan retak menanti belah. Aku pasrah, andai ini ketentuan tuhan tuk aku dan anak-anak. Aku masih belajar tuk redha dgn takdir tuhan yg satu ini...
Setiap kali aku buka ruang tuk jernihkan suasana, akhirnya tetap akan mengeruhkan keadaan. Mungkin ini petunjuk dari tuhan bahwa perkahwinan ini tiada kesudahan yg baik tuk aku dan anak-anak.
Sebagai hamba-Nya, aku hanya mampu berdoa.. "Andai perkahwinan ini yg terbaik buat aku, anak2ku dan agamaku..Kau panjangkanlah jodoh aku dan berkatilah rumahtangga kami.. Tapi andai sebaliknya, Kau redhakanlah aku..Ya rabb!"
Apa pun takdir Allah buat aku, aku terima. Siapa yg mahu rumahtangga yg dibina hancur sekerat jalan? Siapa yg mahu bercerai-berai? Siapa yg mahu harungi badai rumahtangga? Tiada siapa mahu... Aku juga tak mahu... Aku juga mahu bahgia.. Aku juga mahu dikasihi oleh seorang suami.. Aku juga mahu keluarga yg sempurna... Tapi apa daya aku? Apa kuasa aku tuk melawan takdir?
Moga masih ada sinar bahgia buat aku dan anak-anak.. Amin.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.