Sehari aku rasa macam seminggu, seminggu aku rasa macam sebulan. Itu lah yang aku rasa, tempoh seminggu sebelum bicara kat Mahkamah Syariah.
Ada jugak kami cuba berbincang, apa akan jadi selepas ini. Andai talak jatuh, apa plan masa depan. Dan andai masih sah sebagai suami-isteri, macam mana pulak. Suami cakap, dia dah tak cintakan aku dan kalau masih sah suami-isteri, dia akan teruskan perkahwinan ni demi anak-anak. Dan dia tak mahu aku campur urusan dia lagi. Aku bingung, apa akan jadi pd aku? Aku hanya isteri dia hanya dalam kertas tapi di alam nyata, aku cuma teman serumah?
Seminggu itu, air mata asyik mengalir. Jasad aku di office tapi jiwa aku ntah ke mana. Kakak aku mintak aku banyakkan solat dan berdoa. Dalam tempoh seminggu ni aku belajar solat tahajjud, solat taubat, solat istikharah. Doa aku semoga Allah beri aku ketenangan. Aku perlu belajar redha walau apa pun keputusan Mahkamah nanti. Apa suami buat?
Suami masih lagi balik lewat. Masih lagi sibuk mengadap henpon dan laptop.Cuma dia ada jugak sms aku, bercakap dengan aku, dan mula bagitahu pukul berapa dia balik dan kemana dia pergi. Walaupun aku tak bertnya macam sebelum ni. Sebelum ni memang teruk, kadang sms aku pun tak di reply. Aku ingat ada positif sign. Rupanya hanya lakonan. Aku tergerak nk spot check henpon dia dan terkantoi yg dia tengok bola sehari selepas kami ke Pejabat Agama dengan 'perempuan itu'. Sekali lagi, hancur luluh hati aku.
Maka, setiap malam aku bangun solat dan berdoa. Andai perkahwinan ini terbaik tuk aku, anak-anak aku, agama aku, maka panjangkan jodoh kami dan baiki hubungan kami tapi andai sebaliknya, aku mohon Allah permudahkan jalan tuk aku dan anak-anak.
Tarikh yg dinanti pun tiba, aku berdebar melangkah kaki ke Mahkamah Syariah. Suami seperti biasa, tenang. Masih lagi boleh tersenyum-senyum menghadap handphone. Hati aku tak tentu arah sebab ini lah kali pertama aku jejakkan kaki masuk ke Dewan Bicara. Sayu hati bila dalam Mahkamah. Dalam tempoh 1 jam, ada 3pasangan bercerai. Sedih bila tengok rumahtngga orang lain musnah. Apa pulak nasib kami?
Setelah 4jam menunggu giliran, akhirnya giliran aku dan suami dipanggil. Hakim bertanya soalan-soalan, dan aku jawab sejujurnya. Setelah Hakim selesai soalan, dan Hakim umukan bahawa talak tak jatuh dan kami masih sah sebagai suami isteri.
Alhamdulillah syukur. Aku panjatkan syukur pada Allah dan terus memohon semoga Allah panjangkan jodoh kami dan jadikan keluarga kami mawaddah warahmah.
Berakhir episod di Mahkamah Syariah, adakah berakhir juga penderitaan aku? Adakah bahagia milik kami? Kita sambung episod lain eh..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.