Sunday, 30 December 2012

Episod di Pejabat Agama

Assalamualaikum semua :)

Setelah suami setuju tuk rujuk masalah lafaz talak di Pejabat Agama, hari jumaat yang barakah kami melangkah kaki ke Pejabat Agama.

Sayu sungguh hati aku. Berdebar-debar menunggu keputusan lafaz talak. Sepanjang perjalanan ke pejabat agama, air mata aku mengalir tanpa henti seiring dengan hati yang hancur lebur. Tapi, apa reaksi suami? Boleh dia mengetuk-ketuk stereng mengikut rentak lagu sambil menyanyi. Ya Allah, bengkak hati aku. Suami macam takde langsung perasaan sedih. Mungkin ini hari terakhir dia bergelar suami aku, takkan takde sedikit pun rasa sedih.

Setelah mengikut prosedur yang ditetapkan di Pejabat Agama. Kami menunggu hampir 2jam tuk nama dipanggil sebab pegawai agama bermesyuarat. Hati aku memang laju berdetak, sebab jiwa tak tenteram kan. Dah berkali-kali aku suruh suami tnya kt kaunter, bila nak dipanggil. Kalo ikutkan suami, dia memang buat tak reti je. Asyiklah dok main handphone tak habis-habis. Sudahnya, pegawai kt kaunter tu cakap, masalah kami ni perlu dirujuk ke Mahkamah Syariah sebab pegawai agama takde kuasa nak sahkan lafaz talak. Dah tunggu lebih 2jam baru nak bagitau, memang kejam tau Pejabat Agama. Tapi tu lah kan, dah namanya kaunter kerajaan, memang macam tu lah. Sabar je lah.

Kami pun terus ke Mahkamah Syariah. Ikutkan suami dia nak pergi lain kali je, dah penat katanya. Tapi aku desak jugak. Biar cepat tahu status aku, masih suami-isteri atau dah jatuh talak. Senang aku nak plan masa depan.

Sampai kat Mahkamah Syariah, diorang tanya apa masalah dan suruh kami isi borang dan bayar saman. Pegawai kat kaunter tak boleh buat keputusan, hanya Hakim Syarie je yg ada kuasa nak sahkan lafaz talak tu. Maka, diorang bagi tarikh bicara seminggu lepas tu.

Tempoh seminggu tu, kami boleh tinggal serumah tapi tak boleh ada hubungan suami-isteri.

Penantian aku masih berterusan tuk seminggu lagi. Apa pulak keputusan Hakim Syarie? Tunggu lah episod kat Mahkamah Syariah pulak. Nervous...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.