Tajuk entry dah macam tajuk lagu kan. Tapi itu lah hakikat yg sebenar. Hati kita milik Allah. Kita langsung tak berhak memiliki hati kita sendiri mahupun hati pasangan.
Cinta juga milik Allah. Cinta datang tanpa diundang dan boleh pergi tanpa dihalau. Cinta bleh datang dalam sesaat, tapi boleh juga hilang dalam sekelip mata. Sebab Allah yg beri cinta itu dalam setiap hati kita, dan Dia juga yg berhak tarik semula cinta itu dari hati-hati kita.
Cinta aku pada suami juga milik Allah, dan cinta suami pada aku juga milik Allah. Aku hanya mampu berdoa semoga rasa cinta dalam hati aku tuk suami akan terus kekal hingga ke syurga. Tapi samada suami berdoa yg sama aku tak pasti.
Setelah hampir 6tahun menyemai rasa cinta sebagai suami-isteri, akhirnya suami berubah. Dingin. Takde lagi hangat cinta suami buat aku. Bila aku suarakan perubahannya, suami menyuarakan yg tiada lagi cinta dihati dia buat aku. Hatinya sudah kosong. Hancur luluh hati aku sebagai isteri. Apa makna sebuah perkahwinan jika tiada lagi cinta? Apa makna kasih-sayang tanpa cinta?
Berhari-hari aku menangis meratapi nasib diri. Beribu soalan menerpa kepala aku, kenapa cinta suami boleh tiada? Bagaimana nasib aku sebagai isteri? Bagaimana nasib anak-anak? Kemana hilangnya cinta suami? Kepada siapa diberi cintanya? Adakah dia sudah punya kekasih baru? Semua jawapan takde pada aku, cuma ada pada suami. Bila ajukan soalan pada suami, dia diam seribu bahasa. Tiada sebab dan alasan. Cinta hilang begitu saja. Bagaimana aku mahu percaya? Takkan cinta hilang sekelip mata? Tapi jawapan tetapa tiada pada aku.
Setahu aku, aku dan suami berkahwin atas dasar cinta. Bukan paksaan, bukan juga pilihan keluarga. Bagaimana cinta itu boleh hilang? Sakit hati memikirkan, mungkin suami sudah ada cinta yg lain, atau mungkin suami sakit, atau suami terkena buatan orang. Hanya suami dan Allah maha mengetahui. Aku pasrah walau apa pun berlaku..
Bila cinta tiada lagi, layanan juga dingin, suami cuba menjauhkan diri dari aku dan anak-anak. Masa banyak dihabiskan diluar rumah bersama kawan-kawan atau ditempat kerja. Setiap hari balik kerja hampir tengah malam. Kemudian, setiap malam masa dihabiskan dihadapan laptop atau didepan tv. Aku dan anak-anak dah masuk tidur saat suami sampai rumah. Masakan aku langsung tidak dijamah. Tiada lagi pandangan kasih tuk isteri. Tiada lagi panggilan mesra. Tiada lagi masa tuk berbual, apatah lagi berbincang.
Hujung minggu dihabiskan di tempat kerja dan di universiti. Kerja lebih masa atau menghadap assignment dan group discussion. Tengah malam baru nampak batang hidung.
Kalau sehari-dua pasti aku tak curiga, tapi kalau sudah berbulan-bulan pasti hati isteri mula goyah. Bila ditanya, terus meninggikan suara. Terus mengamuk. Terus marah-marah sebab aku macam tak percayakan dia. Sudahnya, langsung tak bertegur sapa. Jika sehari -dua, aku boleh tahan tapi kalau sudah lebih seminggu tentu aku mula bosan dan syak wasangka. Sudahnya, perang saudara pun berlaku.
Sehingga... Tiada jalan penyelesaian lagi. Perpisahan yg suami pinta. Hancur lebur hati isteri....
Nanti sambung lagi...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.