Saturday, 29 December 2012

Lafaz Talak

Assalamualikum semua :)

Saspen tak tajuk entry? Terlafaz ke perkataan talak tu dari suami?

Saat rumahtangga aku dan suami ibarat telur dihujung tanduk. Hanya tunggu masa nak jatuh berderai. Aku fikirkan tentang masa depan anak-anak.

Kalau hampir setiap hari aku dan suami bertengkar, aku tak rasa hidup anak-anak tenang. Aku tahu anak-anak boleh hidup tanpa papa diorang sebab aku sendiri membesar tanpa bapak. Cuma keadaannya berbeza. Aku membesar tanpa bapak sebab Allah lebih sayangkan bapak, tapi anak-anak aku membesar tanpa papa sebab mama dan papa dah tak sehaluan.

Saat getir yg aku lalui, dah sampai ke puncak. Suami menghantar sms yg membuatkan air mata aku gugur tapi terpaksa aku tahan sebab masa tu aku kat office dan aku sedang berbincang dengan team leader aku.

Hancur luluh hati seorang isteri. Sungguh tak sangka, suami sanggup lafazkan. Hilang sudah rasa kasih dia pada aku dan anak-anak.

Dan mulai saat itu, aku mintak suami tinggalkan rumah.

Bermulalah episod aku perlu uruskan anak-anak sendirian. Ikutkan aku hampir tak mampu nak buat semuanya sendiri, tapi sebab ego aku kuatkan hari. Bangun awal pagi tuk uruskan anak-anak, alhamdulillah aku berjaya. Aku cuba biasakan diri. Aku cuba kawal emosi. Aku cuba pekakkan telinga dengan soalan cepu cemas anak-anak, "mana papa?". Dan setiap masa, air mata gugur tanpa boleh ditahan.

Suami memang takde perasaan. Langsung tiada kata maaf dari mulut dia. Seolah memang itu yg dia mahukan. Hati aku jadi sakit. Ego aku jadi tinggi. Aku nekad tak mahu suami jumpa anak-anak. Dan suami tak kisah pun. Hancur hati aku. Seolah-olah dia sanggup berpisah dengan anak-anak sekalipun.

Hampir seminggu aku dan suami berpisah. Aku baca semula sms kiriman suami jumaat lepas. Bila aku baca sms tu, macam ragu-ragu. Adakah talak jatuh atau tak. Apa status hubungan aku dan suami? Aku terpaksa beritahu pada kakak aku, kalau-kalau dia ada idea. Kakak nasihatkan aku refer pejabat agama. Sebab bab 'talak' bukan benda mudah..

Aku ajak suami ke pejabat agama, tapi dia enggan. Aku terpaksa minta kakak dan abang ipar pujuk suami tuk setuju ke pejabat agama. Akhirnya suami setuju.

Apa kata pejabat agama? Talak jatuh atau tak? Tunggu eh... Next entry


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.