Sunday, 30 December 2012

Episod di Mahkamah Syariah

Assalamualaikum semua :)

Sehari aku rasa macam seminggu, seminggu aku rasa macam sebulan. Itu lah yang aku rasa, tempoh seminggu sebelum bicara kat Mahkamah Syariah.

Ada jugak kami cuba berbincang, apa akan jadi selepas ini. Andai talak jatuh, apa plan masa depan. Dan andai masih sah sebagai suami-isteri, macam mana pulak. Suami cakap, dia dah tak cintakan aku dan kalau masih sah suami-isteri, dia akan teruskan perkahwinan ni demi anak-anak. Dan dia tak mahu aku campur urusan dia lagi. Aku bingung, apa akan jadi pd aku? Aku hanya isteri dia hanya dalam kertas tapi di alam nyata, aku cuma teman serumah?

Seminggu itu, air mata asyik mengalir. Jasad aku di office tapi jiwa aku ntah ke mana. Kakak aku mintak aku banyakkan solat dan berdoa. Dalam tempoh seminggu ni aku belajar solat tahajjud, solat taubat, solat istikharah. Doa aku semoga Allah beri aku ketenangan. Aku perlu belajar redha walau apa pun keputusan Mahkamah nanti. Apa suami buat?

Suami masih lagi balik lewat. Masih lagi sibuk mengadap henpon dan laptop.Cuma dia ada jugak sms aku, bercakap dengan aku, dan mula bagitahu pukul berapa dia balik dan kemana dia pergi. Walaupun aku tak bertnya macam sebelum ni. Sebelum ni memang teruk, kadang sms aku pun tak di reply. Aku ingat ada positif sign. Rupanya hanya lakonan. Aku tergerak nk spot check henpon dia dan terkantoi yg dia tengok bola sehari selepas kami ke Pejabat Agama dengan 'perempuan itu'. Sekali lagi, hancur luluh hati aku.

Maka, setiap malam aku bangun solat dan berdoa. Andai perkahwinan ini terbaik tuk aku, anak-anak aku, agama aku, maka panjangkan jodoh kami dan baiki hubungan kami tapi andai sebaliknya, aku mohon Allah permudahkan jalan tuk aku dan anak-anak.

Tarikh yg dinanti pun tiba, aku berdebar melangkah kaki ke Mahkamah Syariah. Suami seperti biasa, tenang. Masih lagi boleh tersenyum-senyum menghadap handphone. Hati aku tak tentu arah sebab ini lah kali pertama aku jejakkan kaki masuk ke Dewan Bicara. Sayu hati bila dalam Mahkamah. Dalam tempoh 1 jam, ada 3pasangan bercerai. Sedih bila tengok rumahtngga orang lain musnah. Apa pulak nasib kami?

Setelah 4jam menunggu giliran, akhirnya giliran aku dan suami dipanggil. Hakim bertanya soalan-soalan, dan aku jawab sejujurnya. Setelah Hakim selesai soalan, dan Hakim umukan bahawa talak tak jatuh dan kami masih sah sebagai suami isteri.

Alhamdulillah syukur. Aku panjatkan syukur pada Allah dan terus memohon semoga Allah panjangkan jodoh kami dan jadikan keluarga kami mawaddah warahmah.

Berakhir episod di Mahkamah Syariah, adakah berakhir juga penderitaan aku? Adakah bahagia milik kami? Kita sambung episod lain eh..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Episod di Pejabat Agama

Assalamualaikum semua :)

Setelah suami setuju tuk rujuk masalah lafaz talak di Pejabat Agama, hari jumaat yang barakah kami melangkah kaki ke Pejabat Agama.

Sayu sungguh hati aku. Berdebar-debar menunggu keputusan lafaz talak. Sepanjang perjalanan ke pejabat agama, air mata aku mengalir tanpa henti seiring dengan hati yang hancur lebur. Tapi, apa reaksi suami? Boleh dia mengetuk-ketuk stereng mengikut rentak lagu sambil menyanyi. Ya Allah, bengkak hati aku. Suami macam takde langsung perasaan sedih. Mungkin ini hari terakhir dia bergelar suami aku, takkan takde sedikit pun rasa sedih.

Setelah mengikut prosedur yang ditetapkan di Pejabat Agama. Kami menunggu hampir 2jam tuk nama dipanggil sebab pegawai agama bermesyuarat. Hati aku memang laju berdetak, sebab jiwa tak tenteram kan. Dah berkali-kali aku suruh suami tnya kt kaunter, bila nak dipanggil. Kalo ikutkan suami, dia memang buat tak reti je. Asyiklah dok main handphone tak habis-habis. Sudahnya, pegawai kt kaunter tu cakap, masalah kami ni perlu dirujuk ke Mahkamah Syariah sebab pegawai agama takde kuasa nak sahkan lafaz talak. Dah tunggu lebih 2jam baru nak bagitau, memang kejam tau Pejabat Agama. Tapi tu lah kan, dah namanya kaunter kerajaan, memang macam tu lah. Sabar je lah.

Kami pun terus ke Mahkamah Syariah. Ikutkan suami dia nak pergi lain kali je, dah penat katanya. Tapi aku desak jugak. Biar cepat tahu status aku, masih suami-isteri atau dah jatuh talak. Senang aku nak plan masa depan.

Sampai kat Mahkamah Syariah, diorang tanya apa masalah dan suruh kami isi borang dan bayar saman. Pegawai kat kaunter tak boleh buat keputusan, hanya Hakim Syarie je yg ada kuasa nak sahkan lafaz talak tu. Maka, diorang bagi tarikh bicara seminggu lepas tu.

Tempoh seminggu tu, kami boleh tinggal serumah tapi tak boleh ada hubungan suami-isteri.

Penantian aku masih berterusan tuk seminggu lagi. Apa pulak keputusan Hakim Syarie? Tunggu lah episod kat Mahkamah Syariah pulak. Nervous...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, 29 December 2012

Lafaz Talak

Assalamualikum semua :)

Saspen tak tajuk entry? Terlafaz ke perkataan talak tu dari suami?

Saat rumahtangga aku dan suami ibarat telur dihujung tanduk. Hanya tunggu masa nak jatuh berderai. Aku fikirkan tentang masa depan anak-anak.

Kalau hampir setiap hari aku dan suami bertengkar, aku tak rasa hidup anak-anak tenang. Aku tahu anak-anak boleh hidup tanpa papa diorang sebab aku sendiri membesar tanpa bapak. Cuma keadaannya berbeza. Aku membesar tanpa bapak sebab Allah lebih sayangkan bapak, tapi anak-anak aku membesar tanpa papa sebab mama dan papa dah tak sehaluan.

Saat getir yg aku lalui, dah sampai ke puncak. Suami menghantar sms yg membuatkan air mata aku gugur tapi terpaksa aku tahan sebab masa tu aku kat office dan aku sedang berbincang dengan team leader aku.

Hancur luluh hati seorang isteri. Sungguh tak sangka, suami sanggup lafazkan. Hilang sudah rasa kasih dia pada aku dan anak-anak.

Dan mulai saat itu, aku mintak suami tinggalkan rumah.

Bermulalah episod aku perlu uruskan anak-anak sendirian. Ikutkan aku hampir tak mampu nak buat semuanya sendiri, tapi sebab ego aku kuatkan hari. Bangun awal pagi tuk uruskan anak-anak, alhamdulillah aku berjaya. Aku cuba biasakan diri. Aku cuba kawal emosi. Aku cuba pekakkan telinga dengan soalan cepu cemas anak-anak, "mana papa?". Dan setiap masa, air mata gugur tanpa boleh ditahan.

Suami memang takde perasaan. Langsung tiada kata maaf dari mulut dia. Seolah memang itu yg dia mahukan. Hati aku jadi sakit. Ego aku jadi tinggi. Aku nekad tak mahu suami jumpa anak-anak. Dan suami tak kisah pun. Hancur hati aku. Seolah-olah dia sanggup berpisah dengan anak-anak sekalipun.

Hampir seminggu aku dan suami berpisah. Aku baca semula sms kiriman suami jumaat lepas. Bila aku baca sms tu, macam ragu-ragu. Adakah talak jatuh atau tak. Apa status hubungan aku dan suami? Aku terpaksa beritahu pada kakak aku, kalau-kalau dia ada idea. Kakak nasihatkan aku refer pejabat agama. Sebab bab 'talak' bukan benda mudah..

Aku ajak suami ke pejabat agama, tapi dia enggan. Aku terpaksa minta kakak dan abang ipar pujuk suami tuk setuju ke pejabat agama. Akhirnya suami setuju.

Apa kata pejabat agama? Talak jatuh atau tak? Tunggu eh... Next entry


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Komunikasi dan Perbincangan

Assalamualaikum semua :)

Komunikasi dan perbincangan memang sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Kat tempat kerja pun kita amalkan perbincangan bila ada masalah atau tuk mencari satu kata sepakat. Betul tak?

Apa yg terjadi pada aku dan suami? Sudah berbulan takde komunikasi. Tinggal serumah dan sebilik, tapi buat hal masing-masing. Macam mana aku nak pulihkan keadaan kalau suami sendiri menolak. Setiap hari sampai rumah masa aku dan anak-anak dah tidur, bila aku sediakan makan dan kononnya nak temankan makan sekali dia suruh aku masuk tidur je sbb dia nak buat benda lain dulu baru nak makan, bila aku ajak berbual dia buat sibuk dengan assignment. Jangankan nak berbual mesra, bercakap pun hanya hal penting pasal anak-anak je.

Kalau aku paksa gak berbincang, dia akan marah-marah. Jangan nak panggil aku sayang macam dulu-dulu, takde jugak sy-awk tapi yang ada cuma aku dan kau je. Punyalah hilang semua kasih-sayang dia pada aku. Sedih? Hanya Allah yang tahu...

Boleh kata, setiap kali berbincang mesti bergaduh. Sampai aku dah hilang sabar, sampai aku dah tahap tak boleh nak berlembut lagi dan sampai tahap aku nak beralah.

Ya, aku mintak suami lepaskan aku. Mana tahan, nama je suami-isteri tapi langsung tak macam suami-isteri. Aku pernah cakap kt suami, kalau dia dah taknak aku jadi isteri dia aku rela dilepaskan. Boleh kata, hampir setiap hari hati aku terseksa. Sampai setiap hari aku mohon dia lepaskan aku. Tujuan aku minta dilepas kan, bukan sebab aku tak cintakn suami lagi. Tapi aku nak dia sedar yang aku nak dia berubah.

Tapi... Apa yang jadi? Suami setuju atau tak? Nanti aku sambung... Heehe. Suspen tak?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, 27 December 2012

Tiada Lagi Cinta

Assalamualaikum semua :)

Tajuk entry dah macam tajuk lagu kan. Tapi itu lah hakikat yg sebenar. Hati kita milik Allah. Kita langsung tak berhak memiliki hati kita sendiri mahupun hati pasangan.

Cinta juga milik Allah. Cinta datang tanpa diundang dan boleh pergi tanpa dihalau. Cinta bleh datang dalam sesaat, tapi boleh juga hilang dalam sekelip mata. Sebab Allah yg beri cinta itu dalam setiap hati kita, dan Dia juga yg berhak tarik semula cinta itu dari hati-hati kita.

Cinta aku pada suami juga milik Allah, dan cinta suami pada aku juga milik Allah. Aku hanya mampu berdoa semoga rasa cinta dalam hati aku tuk suami akan terus kekal hingga ke syurga. Tapi samada suami berdoa yg sama aku tak pasti.

Setelah hampir 6tahun menyemai rasa cinta sebagai suami-isteri, akhirnya suami berubah. Dingin. Takde lagi hangat cinta suami buat aku. Bila aku suarakan perubahannya, suami menyuarakan yg tiada lagi cinta dihati dia buat aku. Hatinya sudah kosong. Hancur luluh hati aku sebagai isteri. Apa makna sebuah perkahwinan jika tiada lagi cinta? Apa makna kasih-sayang tanpa cinta?

Berhari-hari aku menangis meratapi nasib diri. Beribu soalan menerpa kepala aku, kenapa cinta suami boleh tiada? Bagaimana nasib aku sebagai isteri? Bagaimana nasib anak-anak? Kemana hilangnya cinta suami? Kepada siapa diberi cintanya? Adakah dia sudah punya kekasih baru? Semua jawapan takde pada aku, cuma ada pada suami. Bila ajukan soalan pada suami, dia diam seribu bahasa. Tiada sebab dan alasan. Cinta hilang begitu saja. Bagaimana aku mahu percaya? Takkan cinta hilang sekelip mata? Tapi jawapan tetapa tiada pada aku.

Setahu aku, aku dan suami berkahwin atas dasar cinta. Bukan paksaan, bukan juga pilihan keluarga. Bagaimana cinta itu boleh hilang? Sakit hati memikirkan, mungkin suami sudah ada cinta yg lain, atau mungkin suami sakit, atau suami terkena buatan orang. Hanya suami dan Allah maha mengetahui. Aku pasrah walau apa pun berlaku..

Bila cinta tiada lagi, layanan juga dingin, suami cuba menjauhkan diri dari aku dan anak-anak. Masa banyak dihabiskan diluar rumah bersama kawan-kawan atau ditempat kerja. Setiap hari balik kerja hampir tengah malam. Kemudian, setiap malam masa dihabiskan dihadapan laptop atau didepan tv. Aku dan anak-anak dah masuk tidur saat suami sampai rumah. Masakan aku langsung tidak dijamah. Tiada lagi pandangan kasih tuk isteri. Tiada lagi panggilan mesra. Tiada lagi masa tuk berbual, apatah lagi berbincang.

Hujung minggu dihabiskan di tempat kerja dan di universiti. Kerja lebih masa atau menghadap assignment dan group discussion. Tengah malam baru nampak batang hidung.

Kalau sehari-dua pasti aku tak curiga, tapi kalau sudah berbulan-bulan pasti hati isteri mula goyah. Bila ditanya, terus meninggikan suara. Terus mengamuk. Terus marah-marah sebab aku macam tak percayakan dia. Sudahnya, langsung tak bertegur sapa. Jika sehari -dua, aku boleh tahan tapi kalau sudah lebih seminggu tentu aku mula bosan dan syak wasangka. Sudahnya, perang saudara pun berlaku.

Sehingga... Tiada jalan penyelesaian lagi. Perpisahan yg suami pinta. Hancur lebur hati isteri....

Nanti sambung lagi...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, 26 December 2012

Cinta Suami Orang Dengan Isteri Orang

Assalamualaikum semua :)

Sekarang ni macam satu trend pulak bila suami orang bercinta dengan isteri orang. Kalau dulu ada maafnya lagi lah bila perempuan single bercinta dengan suami orang. Tapi kalau masing-masing dah ada ikatan yg sah dengan pasangan masing-masing masih nak bercinta, apa pulak nak jadi kan.

Nauuzubillah. Mintak-mintak aku dan keturunan aku dijauhkan dari malapetaka macam tu.

Sedangkan masa muda remaja dulu pun, bercinta dengan suami orang adalah satu yang aku cuba elakkan takkan dah jadi isteri aku tergamak nak buat kan.

Aku ingat lagi masa umur aku 18tahun, tunggu keputusan SPM. Masa aku keje kat kilang kat shah alam, ada satu abang supervisor tu cuba nak mengorat aku. Mintak no telefon, dan cuba bermacam cara nak mengorat aku. Tapi sebab aku tahu dia dah kahwin, maka aku tak layan. Sebab aku tak mahu merosak kebahagiaan perempuan lain. Sebab aku pernah berjanji yg aku takkan musnahkan kebahagian perempuan lain.

Aku tak nafikan, dunia zaman moden sekarang ni. Perempuan terdedah tuk berkawan dengan lelaki lain, tak kira lelaki bujang atau dah berkahwin. Tapi yang aku pelik, zaman moden ni perempuan muda tak malu tuk bercinta dengan suami orang. Banyak kali dah aku jumpa. Kawan sekerja pun ada yg tergamak merosak kebahgiaan rumah tangga perempuan lain. Malah ada yg tak makan saman, dah ditegur pun masih mengharapkan cinta suami orang.

Aku tak tahu apa sebabnya dan apa istimewanya suami orang ni, sampai derang tergamak merebut cinta perempuan lain. Lainlah kalo lelaki tu duda atau bujang, lantak lah kan. Tapi kalo lelaki tu dah ada girlfriend pun elok elakkan.

Tapi yang aku musykil, sekarang ni dunia dah akhir zaman ke apa sbb ramai jugak isteri orang yang bercinta dengan suami orang. Apa punca eh?

Aku jugak pernah dituduh oleh isteri orang lain nak amik laki dia. Padahal aku tak pernah pun berniat nk kat laki dia sbb laki aku pun aku tak terlayan. Aku rasa, kalo aku berkawan dengan suami orang mesti atas sebab kerja dan takde agenda lain. Aku tak pernah mencipta ruang tuk buka peluang lelaki lain nak dekati aku.

Malah aku selalu mengaku aku dah kahwin dan dah ada anak walaupun kadang ada yg tak percaya. Tak tahu lah sebab apa, mungkin sebab aku ni tak berapa nak tinggi. Haha. Setahu aku, sepanjang aku kerja, aku tak pernah nak panggil kawan sekerja dengan panggilan 'abang' even derang lebih tua. Tapi kalau semua orang panggil dia gitu pun, aku tetap akan panggil nama dia kt belakang abang tu. Cthnya, abg wan. Aku takkan panggil 'abang' semata sbb nk elak di panggil perempuan gatal. Bagi aku, panggilan 'encik' lagi baik sbb nampak kita hormat dia. Aku tahu status aku sebagai isteri.

Tapi aku pelik, zaman sekarang ni pompuan bujang atau isteri orang lain boleh sms/panggil suami aku dengan panggilan abang semata. Contoh: "abang, Hajar lambat hari ni tau,ayah tak sihat. Ini ayat contoh tau. Bagi aku, bukan ke ayat tu boleh disalah erti? Ayat tu seolah perempuan itu berjanji dengan suami kita tuk keluar or jumpa kan? Aku berkali-kali ingatkan suami aku supaya jangan biasakan perempuan lain panggil abang. Tapi, kat kilang kan normal lah gitu kan. Tak boleh nak elak. Lagi bagus bila suami aku pun melayan dan siap reply, "ok, abang faham". Itu lah punca-punca boleh terjadinya skandal lat tempat kerja.

Perkara ni memang biasa terjadi kat kilang. Tapi kat dunia korporat pun banyak terjadi. Kat sekeliling aku pun memang banyak dah jadi. Siap ada isteri beranak 3 pun keluar dating dengan suami orang lain. Aku tak tahu, suami dia or isteri orang tu tahu ke tidak. Tapi aku rasa, batasan pergaulan antara lelaki dan perempuan memang kena ada.

Yang perempuan ni pun satu, mentang-mentang badan masih maintain walaupun ada ramai anak janganlah melayan lelaki yg sememangnya hidung belang. Lelaki puji sikit, kononnya awak tu masih macam anak dara terus hati berbunga. Terus setuju bila laki tu mengorat. Nauuzubillah! Banyak terjadi benda ni tau.

Bagi aku, pokok pangkalnya hati kita sebagai perempuan. Walaupun kita wanita bekerjaya akhir zaman, walaupun kita suka berpakaian berfesyen bagai jangan lupa agama dan status kita sebagai isteri. Walau sejuta lelaki memuji kita, in shaa allah kita takkan terpedaya.

Dalam kes aku sekarang ni, perempuan yg ber'masalah' dengan suami aku juga isteri orang. Bermula dari bercerita tentang masalah rumahtangga masing-masing akhirnya jadi rapat.

Okeh, nanti aku sambung lagi...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, 21 December 2012

Perempuan itu

Assalamualaikum semua :)

Hari ni aku nak story pasal 'perempuan itu'. Aku tak tahu nak kategorikan perempuan itu sebagai apa. Tapi aku paling benci 'perempuan' yang tak nak faham perasaan perempuan lain.

Aku tak tahu lah, aku dari zaman muda-muda lagi aku memang pantang dengar cerita atau jumpa perempuan yang cuba rampas kebahagiaan perempuan lain. Tak kisah lah, dia rampas boyfriend orang ke, tunang orang ke, suami orang ke. Aku memang blacklist perempuan macam ni. Bagi aku, pompuan macam ni tak layak wujud dalam dunia. Elok dia jadi pondan je. Tak kesahlah apa pun alasan dia tuk rampas hak orang, tapi aku akan tetap benci dia sebab kerana kegedikan dia ada hati perempuan lain yg terluka.

Dan aku pantang besar bila, 'perempuan itu' cakap, perempuan yg jadi mangsa tu tak pandai jaga pasangan sebab tu pasangan cari pompuan lain. Contohnya, ko tak pandai jaga laki, sebab tu laki ko carik pompuan lain!. Dan itu jugaklah yg aku kena bila aku tanya 'perempuan itu' kenapa dia nak dengan laki aku sedangkan dah tahu laki aku dah kahwin dan ada anak-anak. Selamba badak dia jawab macam tu. Macam takde perasaan kan. Macam dia langsung tak terfikir apa pulak perasaan kalo mak, kakak atau adik perempuan dia kena macam tu. Well, benda tak jadi lagi sebab tu boleh eksyen cakap macam tu kan.
Ntah. Marah aku pada perempuan tu tahap aku rasa macam nak sumpah perempuan itu, dia akan dapat nasib lebih teruk dari nasib aku dan anak-anak. Apa pun alasan dia, aku tetap tak dapat nak maafkan dia.

Okeh, aku tahu. Dalam perkara ni aku salah, suami salah dan perempuan itu jugak salah.

Nanti sambung lagi :)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pembohongan

Assalamualaikum semua :)

Dengan pembohongan pertama yg berjaya, akhirnya pembohongan demi pembohongan dibuat tuk menutupi tembelang.

Mati-matian aku percaya suami ke kelas dari jam 8pagi ke 6petang seperti biasa. Kerana percayakan suami, aku dirumah melayani anak-anak walaupun penat, walaupun sakit. Tapi, rupa-rupanya sehari hanya 2-3kelas je yg ada. masa dihabiskan bersama 'kawan sekelas' bersembang, makan dan jalan-jalan sementara nak ke pukul 8mlm sebab dah bagitahu isteri lepas habis kelas kul 6.30, terus solat kemudian berbincang pasal assignment. Padahal, bersuka-ria. Isteri kat rumah, pujuk anak-anak yg merengek nak papa dengan bagi alasan papa ada kelas tuk masa depan kita jugak. Tapi, demi masa depan papa dan kekasih baru! Hampeh sangat!

Paling awal sampai ke rumah, pukul 8.30malam atau selewatnya kul 12tengah malam. Alasan, banyak assignment dan group discussion. Bila isteri query, suami cakap PJJ dan fulltime tak sama! Memanglah tak sama, sebab pelajar fulltime semuanya jujur tak berbohong. Sampai rumah, muka letih. Takde masa nak layan anak-isteri. Terus tidur sebab alasan penat seharian study, padahal seharian berseronok dgn kawan-kawan.

Tak cukup kelas sepanjang hari Ahad, tambah lagi membohong anak isteri dengan kerja opis melambak sampai kena keje hari sabtu. Padahal, kat opis melayan kekasih hati kt email dan laman sosial. Kat rumah takde chance sebab anak isteri asek nak berkepit. Jadi, bagi alasan kerja kan senang! Isteri tak marah, hajat tercapai!

Tak cukup habiskan masa sabtu dan ahad. Nak lagi! Sebab tengah seronok memadu asmara. Bagi alasan pulak, kawan-kawan lama ajak tengok bola dapat tiket FREE VVIP. Tiket sangat limited adalah alasan bila isteri request nak join sekali. Isteri pun percaya. Rupanya tiket limited sebab dah reserve tuk kekasih hati sekali. Hebat kan?

Isteri dan anak-anak punyalah excited nak tengok suami/papa derang dalam TV kot la bleh nampak papa dalam stadium yg besar tu. Mujur kamera tak fokus, kalau tak dah lama aku mati terkejut sebab nampak suami sendiri tengok bola dengan kekasih hati. Kawan-kawan pun subahat sekali, bohong sama nak elak tembelang pecah.

Tapi, Allah maha berkuasa. Tiada tandingan kekuasaan Allah.

Allah bagi isteri suatu 'sense' atau kelebihan tuk pandai godek history phone walaupun dah di delete segala messages dan chat history. Dan akhirnya terbongkar segala tembelang. Bila tembelang dah pecah, taknak mengaku salah terus salahkan isteri. Isteri kuat mengongkong, isteri kuat bebel, isteri kasar, isteri tak dengar kata, isteri melawan sebab tu cinta terhadap isteri hilang.

Isteri yg dengar 'cinta dah hilang', terus rasa dunia gelap. Hilang terus bakat tersenyum, yang mampu aku menangis dan meratap hiba. Sebab.. Cinta aku pada suami tak berbelah bagi tapi, suami langsung tak hargai malah hilang pulak cinta dihati dia.

Bila isteri suruh buat pilihan... Apa keputusan suami? Tunggu entry lain :)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Episod 1: Bila segalanya bermula

Assalamualaikum semua :)

Hari ni, aku nak cerita macam mana segalanya bermula. Bukan sekelip mata, bukan jugak sepantas kilat. Segalanya bermula dari awal perkahwinan mungkin,aku sendiri tak pasti. Mungkin juga dari saat pasang niat tuk berumahtangga. Mungkin niat aku dan suami salah. Hanya Allah yg tahu kan, segala yg berlaku ni mungkin hanya sebab musabab tuk Allah jadikn aku muslimah yg lebih baik.

Bila aku sedar? Sejak suami melangkahkan kaki ke universiti. Kononnya nak ubah nasib keluarga. Kadang-kadangkan, aku rasa lagu Atilia dan Loq tu ada benarnya. Bait-bait lirik tu memang terkena pd aku dan suami. Tak semua, tp ada sikit benarnya.

Bila suami jadi student semula, mungkin dia rasa bujang semula, rasa muda semula. Dan segalanya bermula... Study dijadikan alasan tuk berseronok dengan kawan-kawan. Kononnya ada group assignment, kononnya ada kelas tambahan. Tapi, benda lain yg dia buat.

Betul ke? Atau aku syak wasangka? Atau cuma ilusi aku je? Isteri ni diberi satu 'sense' tuk hidu sesuatu kelainan pd suaminya. Sebab tu, selalunya sepandai-pandai suami sorok perkahwinan ke-2 tu isteri yg dimadu akan tetap dapat tahu. Ye lah kan, sepandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Betul tak?

So, sepandai-pandai suami aku sorok tembelangnya akhirnya tahun akhir aku dapat hidu juga.

Aku rasa, aku ni isteri yg paling percaya dan kurang ganggu aktiviti suaminya. Aku tak pernah call suami waktu keje sebab taknak ganggu dia cari rezeki. Aku tak call dia time ada seminar tuk PJJ sebab tak nak ganggu fokus dia. Aku uruskan keperluan anak setiap hujung minggu sendiri. Aku urus anak2 setiap malam sampai dorang tidur sebab suami keje sampai lewat malam. Rupanya, semuanya sia-sia belaka.

Tahun akhir pengajian,baru aku dpt tahu yg dia tipu aku. Bila dia kata, dia terpaksa keje sampai lewat malam setiap malam, terpaksa keje hari sabtu dan public holiday sebab banyak keje. Aku percaya. Sebab keje kan ibadah, dia nak cari rezeki yg halal buat isteri dan anak-anak. Tapi.... Allah Maha Mengetahui.

Allah create satu situasi supaya aku perlu call suami. Tapi henpon suami off, aku call office dan dapat tahu dia tak keje. Disitu segalanya bermula...

Satu per satu tembelangnya pecah.

Sejak dia belajar semula, dia dah pandai mintak izin tuk tengok bola, karaoke dengan kawan-kawan. Bila isteri tak izinkan, suami cakap isteri kongkong. Bila isteri benarkan, sebab nak suami tahu yg isterinya percayakan dia, dia sia-siakan kepercayaan isteri. Dia rupanya habiskan masa dgn kekasih hati yg kononnya 'hanya kawan' sekelas. Tengok bola, karaoke bersama kekasih tentulah lebih seronok dari habiskan masa bersama isteri yg halal dan ank-anak kan....

Smart phone dan segala social networking adalah punca berlakunya kecurangan. Suami mula mahukan kebebasan kerana kononnya isteri-isteri kawan-kawan memahami kawan-kawan, langsung tak halang kemahuan suami dan suami aku mula rasa terkongkong.

Dan segalanya bermula....

Nanti aku sambung story lagi. Rasa sakit betul hati ni bila ingat balik.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

150juta kali

Assalamualaikum semua :)

Sebenarnya, bukan nak cerita pasal Lagu Fynn Jamal atau lagu Ainan Tasneem. Tajuk je sama. Hehe

Tujuan bagi tajuk entry camtu sebab aku dah fikir 150juta kali samada nak create blog ni ke tak. Bukan suka-suka nak create blog atau nak ikut-ikut trend, orang lain ada blog maka aku pun kena ada. Tak!

Tujuan aku create blog ni sebab aku rasa blog ni boleh aku jadikan medium tuk aku luahkan rasa hati. Kalau aku nak cerita kat orang, belum tentu dorang paham. Walaupun 150juta kali dorang cakap dorang faham perasaan aku. Tapi, dorang takkan faham apa yg aku rasa sebab dorang tak alami apa yg aku rasa. Huh! Sikit punya complicated kan? Hehe

Okeh. Aku nak cerita serba sikit pasal life aku. Aku anail liana. Umur aku 30-an. Aku dah kahwin. Kiranya, aku kahwin dalam usia muda remaja, iaitu masa umur aku 24tahun. Muda ke? Muda lah jugakkan. Aku kahwin suka sama suka. Takde paksaan dari keluarga. Malah keluarga pada mulanya agak menghalang sebab aku baru habis Degree dan baru sangat keje. Aku kahwin dengan suami yang tua 2 tahun dari aku dan dia cuma ada Diploma. Tapi itu semua bukan penghalang bagi aku. Kalau dia ikhlas nak kahwin dengan aku, aku terima dan in shaa Allah keluarga aku pun akan terima seadanya.

Sekarang aku dah kahwin 6tahun. Anak pun dah ada 2 orang. sorang perempuan dan sorang lelaki. Kalo ikutkan hidup aku dah complete kan? Ada suami, ada sepasang anak, ada kerja yang boleh menjamin masa depan. Sempurna kan?

Tapi, kusangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan ditengahari. Usia perkahwinan baru nak masuk ulangtahun ke-6, rumahtangga aku dilanda badai. Kerana campur tangan orang ke-3, ke-4 dan ntah ke berapa. Tak tahu dimana silapnya. Aku dan ank-anak jadi mangsa keadaan.

Okeh, itu je intro aku bleh story. Nanti aku cerita detail kt entry lain.

Wassalam.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.